Fanatik Super Junior.....

       Kelakar aku bila ada member nak g konsert Super Junior 19 Mac ni, bukan main seronok dia sampai dh macam melompat2 aku tgk...bila dia tunjuk tiket tergamam gak aku, bior betul kak limah kita ni nak g tgk konsert Super Junior...aku x terkata pe2, memang betul2 fanatik kak limah kita n the geng, abis cek nin ngan si Ayu pun ikut sama....




      Yang pasti memang riuh sakan dua tiga hari nih...dalam FB aku mula la kenakan diorang yg nak pegi tu, bukan pe, diorang berahsia sgt, aku ngenat ler...makin kecoh dibuatnyer...aku kata diorang ni nak g pilih buah hati masing2, diorang pun balas bukan main, ikut rentak aku plak, lagi la haru.....hahaha
  
      Pe2 pun aku ucapkan selamat berbahagia dan berhibur, nak wat camne...masing2 terlepas hospital Tanjung Rambutan...layan je la....compom kak limah kita tu marah kat aku sebab kaw2 aku kenakan diorang...jangan marah aahh...gurau2 ja....hehehehehe

Dari mana datangnya api di dunia ini...???

Diriwayatkan bahawa Rasullullah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan malaikat Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai Zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : sebesar kurma. .

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari sebiji buah kurma…

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak akan ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..


Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.

Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as un mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan, api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukkan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam setiap 70 buah sungai-sungai di syurga.

Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi. Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair. Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.

PENGAJARAN

Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup dalam setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya, bagaimana dgn api di neraka itu sendiri.

Hukum Membawa HandPhone Yang Mengandungi Software Al Quran Ke Tandas

Bila terkenangkan phone aku ni, ada software iQuran, Quran digital untuk android...
pastu bila nak masuk tandas keliru boleh ke bwk masuk, apa yg aku faham yg x boleh bawak masuk tulisan, yang ni digital...ada beza tak...lalu aku research2 untuk dapatkan kepastian...maka inilah hasilnya aku nak kongsi ngan korang....



HUKUM MEMBAWA ALAT-ALAT YANG
MENGANDUNGI PERISIAN AL-QUR’AN KE TANDAS
(BILANGAN 245)

بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia melalui keajaiban akal dan ilham yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berjaya mencipta alat-alat yang serba canggih. Al-Qur’an yang dahulunya hanya dapat dibaca melalui kertas ataupun mushaf kini sudah dapat dimuat turun ke dalam alat-alat seperti
telefon bimbit ataupun PDA (Personal Digital Assistant).

Oleh kerana alat-alat seperti telefon bimbit ataupun PDA (Personal Digital Assistant) ini sangat penting penggunaannya dalam kehidupan masa kini, maka sudah semacam kemestian ianya sentiasa dibawa bersama ke mana-mana sahaja termasuklah ke tandas.

Sebagaimana yang dimaklumi, ayat-ayat al-Qur’an adalah kalamullah yang wajib dihormati, dimuliakan dan dijaga sedaya upaya atau sebaik-baiknya agar ianya tidak terdedah kepada sebarang pencemaran atau penghinaan yang boleh menjejaskan kesuciannya. (Fatwa 22/2006).

Jadi di sini, timbullah persoalan mengenai kehormatan perisian Al-Qur’an yang terdapat pada alat-alat tersebut. Adakah membawanya bersama masuk ke tandas, ataupun membawanya dalam keadaan berhadas akan mencemarkan kesucian al-Qur’an?

Hukum Membawa Tulisan Ayat Al-Qur’an ke Tandas

Membawa apa sahaja benda yang tertulis padanya ayat-ayat Al-Qur’an mahupun zikrullah ke tandas hukumnya adalah makruh.

Termasuk juga dalam hal ini nama-nama yang dimuliakan seperti nama-nama Allah, para nabi dan malaikat-malaikatNya sebagaimana yang disebutkan dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj.

Imam asy-Syirazi Rahimahullah berkata dalam kitabnya al-Muhadzdzab : “Jika ada seseorang ingin memasuki tandas dan bersama-samanya ada sesuatu yang terdapat padanya zikir-zikir Allah, maka baginya menjauhkan benda tersebut daripada dirinya (tidak membawanya masuk ke tandas), kerana telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila hendak memasuki tandas, Baginda meletakkan cincin Baginda itu di luar, ini kerana di atas cincin Baginda itu ada tertulis perkataan
 محمد رسول الله yang Baginda jadikan sebagai mohor atau cap Baginda dalam urusan surat menyurat.”

Imam an-Nawawi Rahimahullah ketika mengulas kata-kata pengarang kitab al-Muhadzzab ini telah berkata : “Para ulama asy-Syafi‘eyyah telah bersepakat mengatakan bahawa adalah sunat dijauhkan sesuatu yang ada padanya zikir-zikir Allah ketika seseorang itu hendak masuk tandas dan tidaklah wajib ianya dijauhkan daripada dirinya (membukanya).”

Imam an-Nawawi Rahimahullah seterusnya menambah: “Sama ada benda yang tertulis padanya zikir-zikir Allah itu duit perak (dirham) atau emas (dinar) atau cincin atau lainnya, begitu juga jika ada bersama-samanya tangkal ataupun azimat, sunat dijauhkan benda-benda itu daripada dirinya ketika hendak memasuki tandas.” Ini bertujuan bagi memuliakan ayat-ayat al-Qur’an yang terdapat pada alat-alat tersebut dan sebagai mencontohi perbuatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang meletakkan cincin Baginda (di luar) apabila hendak masuk ke tandas kerana terdapat padanya ukiran perkataan محمد رسول الله . (Fatwa 22/2006).

Adakah Alat Yang Mengandungi Perisian Al-Qur’an Itu Dihukumkan Sebagai Al-Qur’an?

Para ulama berpendapat bahawa ayat yang ditulis pada sesuatu dengan tujuan untuk mengaji atau mempelajari ayat al-Qur’an adalah haram untuk disentuh atau ditanggung oleh orang yang berhadas. Sementara ayat-ayat yang ditulis bukan kerana tujuan mengaji atau belajar membaca ayat tersebut, umpamanya ayat al-Qur’an yang ditulis sebagai tangkal dan azimat maka harus ia disentuh atau ditanggung oleh orang yang berhadas. (Fatwa 31/1972).

Adapun alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang terdapat padanya perisian al-Qur’an, tidaklah dihukumkan sebagai al-Qur’an sungguhpun ianya diniatkan untuk mengaji atau mempelajari ayat-ayat al-Qur’an tersebut. Ini kerana pancaran tulisan al-Qur’an pada skrinnya adalah berbentuk elektronik dan tidak kekal. Begitu juga bacaan al-Qur’an yang berbunyi dari alat tersebut adalah berbentuk rakaman. Ia akan terpadam dan hilang jika alat tersebut dimatikan atau dialihkan ke program yang lain. (Fatwa 22/2006).

Maka tidaklah menjadi kesalahan untuk menanggung atau menyentuhnya dalam keadaan berhadas kerana sebagaimana yang telah disebutkan tadi bahawa alat-alat tersebut tidak dihukumkan sebagai al-Qur’an.

Hukum Membawa Masuk Alat Perisian Al-Qur’an Ke Tandas Dalam kitab Nihayah al-Muhtaj karangan Imam ar-Ramli Rahimahullah, beliau berpendapat bahawa benda-benda yang tidak dihukumkan sebagai al-Qur’an atau nama-nama yang tidak dimuliakan adalah harus untuk dibawa masuk ke tandas. Begitu juga jumhur ulama tidak menegah untuk membawa benda-benda selain zikir Allah ke tandas.

Maka dapatlah diambil kesimpulan di sini bahawa adalah harus hukumnya membawa masuk alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya ke tandas dengan syarat unsur tulisan dan bacaan ayat al-Qur’an itu tidak muncul daripada alat-alat tersebut ketika berada di tandas.

Dalam erti kata lain, alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya itu hendaklah dimatikan ataupun dialihkan program al-Qur’an itu ke program yang lain sebelum masuk ke tempattempat kotor seperti tandas supaya unsur tulisan dan bacaan ayat al-Qur’an tidak muncul daripada alat-alat tersebut ketika berada dalam tandas.

Ini berdasarkan pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah dalam kitabnya Tuhfah al-Muhtaj, beliau berkata: “Sekiranya seseorang masuk ke tandas dengan membawanya (cincin yang tertulis padanya al-Qur’an); walaupun dengan senghaja, maka sunat untuk menyembunyikannya seperti menggenggamnya dalam tapak tangan.”

Dengan mematikan alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya itu, ataupun mengalihkannya kepada program lain sebelum memasuki tandas, maka terpeliharalah kesucian ayat al-Qur’an atau tafsirnya yang terdapat dalam alat-alat tersebut kerana ianya tidak akan muncul ketika berada dalam tandas.

Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah turut menjelaskan bahawa selain tandas, semua tempat-tempat kotor atau tempat-tempat maksiat dihukumkan sebagai tempat-tempat yang menjijikkan.

Maka menurut pendapat ini, tempat-tempat tari menari, kawasan perzinaan, kedai judi, tempat yang mengamalkan riba dan yang seumpamanya, dan termasuk juga dalam hal ini tanah perkuburan orang-orang kafir adalah sama keadaannya sepertimana hukum membawa ayat-ayat al-Qur’an ke tandas.
Kesimpulan

Tidak kira di mana pun ayat-ayat al-Qur’an tersebut, sama ada pada kertas, tangkal, dinding dan sebagainya ianya masih lagi dinamakan ayat-ayat al-Qur’an. (Fatwa 31/1972).

Maka dalam permasalahan alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an ini, adalah sangat mustahak pemiliknya bersikap lebih berhati-hati dalam menjaga kesucian ayat-ayat al-Qur’an yang terdapat pada alat-alat tersebut dengan memastikannya ditutup ataupun dialihkan kepada program yang lain sebelum memasuki tempat-tempat yang tidak wajar seperti tandas ataupun mana-mana tempat yang dihukumkan sebagai tempat-tempat yang menjijikkan sepertimana yang telah dijelaskan tadi.
- Maka janganlah dirisaukan lagi, asalkan jangan pasang dalam tandas sudahlah, lagi satu ringtone janganla lagu selawat atau lagu nasyid puji2 pujian ke pada Allah dan rasulnya, tiba2 berbumyi dalam tandas, andai berlaku maka tanggunglah sendiri yer....

Wallahhualam.....

Revolusi Telefon Android (jom intai-intai)

Korang pakai telefon jenis apa ye..?

Sekarang ni dah banyak model telefon yang canggih dipasaran, macam2 jenis dan pilihan, secara umumnya sekarang semua nak pakai smartphone, yang boleh tekan2 di screen je, dh xmahu tekan button lagi..kuno katanya, tapi itulah yg korang pakai sebelum ni, kira korang kuno jugak la dulu...hehehe

Tapi masa dah berubah, zaman dah berlalu, telefon makin canggih, aku pun xnak ketinggalan, oleh itu aku pun ikut pakai smartphone yang agak canggih tapi xde la mahal punya, sekadar nilainya berbaloi dengan penggunaannya..

Aku sambor Sony Ericsson Xperia X8...kenal ke...ni gambornye...cun kan...menawan hati...putih macam tunang aku....putih melepak...hehehehehe



Phone ni xde la hebat mane, murah la katakan, murah la dari smartphone lain tu yg harga lebih dari rm1000, yang ni bawah rm1000, bukan rm999....bawah lagi...bawah mana...bawah tanah...hahaha....

hebatnya setakat hebat dalam kelasnye aje, kelas 3 melur x salah aku...hehehehe...

bestnye aku pilih phone ni sebab fungsi dia yang pelbagai, macam2 dia bleh buat, suruh g kedai beli gula je dia x pandai...hehehe...setakat ni phone ni enjoy dan menghiburkan hatiku ini...dah tentu phone ni aku wat call dan sms kan...selain tu aku leh main game yg terlampau byk dalam internet untuk dimuat turun...freee je derr....layan FB (kena ada wifi internet) amik gambo sana sini, dengar lagu (sound dia mmg masyuk) dan macam2 lagi....

Phone ni pakai OS Android yang semakin terkenal skrg ni...akunye Android 2.1 (Eclair) dah diupdate dari Andriod 1.6 (Donut), bila leh update ke Froyo atau Gingerbread...Android ni sama mcm window xp, vista yg install kat pc tu...cuma yang ni untuk telefon, mmg telefon tu pun dh macam PC, mcm aku ckp tadi...pe2 je leh buat, nak edit gambar pun boleh, edit lagu pun boleh, ehhh...macam2 lah...kalau dulu pakai symbian bapak bosan gler...

Banyak Games dan Application aku download dari Android Market...kebanyakannya free je, free pun dah best apatah lagi yang kena bayar, yang bayar2 ni semua game2 popular macam fifa2010, need for speed, worm, the sim, bayar pun xde la mahal, mcm beli cd game cetak rompak je, satu game dalam US$2.99, lebih kurang RM10 je...

tapi aku download yang mmg dh free...ok je...setakat ni game worm dan fifa10 dh berada dalam phone aku....hahahahaha

ok itu je, maybe next post aku nak cerita pasal android ni lagi....

Blogging...??

Kenapa la plak aku tiba2 nak start berblog ni...ape ke heyy nye plak kan...
entahla...bila tgk blog si Eyna Azmi ngak Kak Ila aku agak cemburu, best gak baca blog diaorg, mcm2 cerita...
orang kata blog2 ni leh release tension, kongsi idea, kongsi rahsia (yang baik2 je tau), kongsi duit (sape nak..??) dan dapat duit sampingan, aku ingat nak acu,cuba,try,test..., byk gak idea aku nak kongsi, banyak2kan ilmu, sebar2kan, kalau berguna dan bermanfaat dapat gak pahala kan...

Blog ni for sure not for feeling2 story, semuanya akan berkisar tentang apa yang aku suka buat, apa yang aku tau untuk aku kongsi ramai2....

"tempat untuk luahkan perasaan...???"

xde maknenyeee......!!!, tapi kalau nak berkongsi hal2 gembira apa salahnya kan...hehehe
for sure blog ni adalah tempat untuk meluahkan 'perasan' aku je...hahahahahaha

Iklan Promosi Menarik Terkini...

JaiJaiBiz. Powered by Blogger.

Followers


ShoutMix chat widget